[New post] Panduan Pakaian Pusat Asasi UIAM (CFS IIUM)
Ahmad Ali Karim posted: " Sebagai seorang pelajar yang sudah menuntut di Pusat Asasi UIAM (Centre for Foundation Studies, CFS IIUM) selama dua semester, termasuk satu semester di kampus, saya rasa baiklah saya menulis tentang kampus CFS Gambang ini bagi pelajar-pelajar yang bakal" Ahmad Ali Karim's Weblog
Sebagai seorang pelajar yang sudah menuntut di Pusat Asasi UIAM (Centre for Foundation Studies, CFS IIUM) selama dua semester, termasuk satu semester di kampus, saya rasa baiklah saya menulis tentang kampus CFS Gambang ini bagi pelajar-pelajar yang bakal masuk ke CFS pada masa akan datang, terutamanya bagi sesi 2022/2023 ini.
Etika pemakaian merupakan satu perkara yang penting, serta sering ditanya. Di CFS, terdapat syarat dan peraturan dalam pemakaian baju ketika masa-masa berbeza. Secara umumnya, pakaian hendaklah mematuhi syarak - iaitu tidak mendedahkan mana-mana bahagian aurat.
Namun, ada juga syarat-syarat lain tertakluk kepada hari dan upacara yang dihadiri.
Syarat-syarat tersebut adalah seperti di bawah:
Pelajar Muslimin:
Pelajar Muslimat:
Selain kelas dan majlis-majlis taaruf, terdapat juga majlis-majlis lain di mana sesetengah pakaian adalah lebih sesuai atau digalakkan, jika tidak diwajibkan untuk dipakai.
Pakaian-pakaian ini digalakkan untuk dibawa bagi tujuan-tujuan umum dan lain:
Pakaian
Sangat Penting
Amat Digalakkan
Bagus Dibawa
Baju/Seluar Bersukan
Baju/Seluar Basahan
Blazer Hitam
(aktiviti spt. berdebat, parlimen, dsb.)
Jaket/Baju Hud
(untuk cuaca yang dingin)
Lengan (muslimat)
Tali Leher Hitam
(pelajar undang-undang)
(aktiviti spt. berdebat, parlimen, dsb.)
Kopiah/Songkok
Kasut Sukan
Selipar/Sandal
Selipar Jepun
(untuk tandas)
Setokin Hitam
Sebagai maklumat tambahan, sekiranya anda diminta atau dikehendaki memakai 'power suit,' ia merujuk kepada peranggu pakaian kemeja putih, tali leher hitam, blazer hitam dan seluar hitam.
No comments:
Post a Comment